Setahun Berlalu

Cukup setahun kami tidak bertegur sapa, apatah lagi berkawan. Bermula pada 12 Mac 2013 kejadian ini berlaku akibat keterlanjuan aku dalam berkata kata dan perasaan jelez ku kepada Miey Mohd Nor dan pasangannya Azrull Wan membuatkan aku menerima hukuman yang begitu dahsyat dalam sejarah hidupku. Orang yang aku sayang pada dahulunya telah membuang aku dalam hidupnya tanpa memberi peluang kedua terhadap aku untuk menebus kesalahan aku. Memang benar beliau sudah memaafkan aku namun untuk kembali hubungan kawan antara aku dan dia seperti dahulu tiada lagi ruang di hatinya untuk meneruskan perhubungan itu. Sepanjang setahun aku hatiku tidak tenteram, adakah ini balasannya?

Kini permata baharu pula muncul dalam hidupku. Beliau yang aku terima dalam hidupku adalah bernama Izdalily. Aku harap dengan kehadiran Izdalily dapat melunturkan segala kenangan dan ingatanku pada Miey Mohd Nor. Aku memohon kekuatan Izdalily untuk memberi kata semangat dan mendampingiku hingga aku tidak mengenali lagi siapa Miey Mohd Nor. Biarlah Miey Mohd Nor bahagia dengan pilihannya dan aku bahagia dengan pilihanku. Mungkin Allah SWT tidak menyatukan kami kerana terdapat hikmahnya pada diri masing-masing. Ya Allah Ya Tuhanku, Bantulah Aku untuk melupakan dia yang pernah suatu ketika bertakhta di hatiku. Berikan aku kekuatan untuk membuang segala ingatan dan memori kami ketika bersama. Sesungguhnya ingatan dan memori kami telah membuatkan Aku jadi sentiasa sedih. Kau perkuatkan lah jodoh Aku dan Izdalily dan biarlah maut yang memisahkan antara aku dan Izdalily, kerana aku sangat mencintainya sepertimana aku mencintai Kau dan Nabi Muhammad SAW.. Amin Yarabbala'lamin.