Alhamdulillah... kini tunangan dia

Alhamdulillah setelah lama menyepi dari dunia blogger...kini diriku sudah pun menjadi tunangan orang pada 30 Julai 2016...bakal isteriku bernama NurFazlina Bt Mukhtar berasal dari Selama Perak... InshaAllah tahun depan kami akan disatukan dalam ikatan yang sah... doakan saya dan pasangan ye...terima kasih sahabat semuaa..

Setahun Berlalu

Cukup setahun kami tidak bertegur sapa, apatah lagi berkawan. Bermula pada 12 Mac 2013 kejadian ini berlaku akibat keterlanjuan aku dalam berkata kata dan perasaan jelez ku kepada Miey Mohd Nor dan pasangannya Azrull Wan membuatkan aku menerima hukuman yang begitu dahsyat dalam sejarah hidupku. Orang yang aku sayang pada dahulunya telah membuang aku dalam hidupnya tanpa memberi peluang kedua terhadap aku untuk menebus kesalahan aku. Memang benar beliau sudah memaafkan aku namun untuk kembali hubungan kawan antara aku dan dia seperti dahulu tiada lagi ruang di hatinya untuk meneruskan perhubungan itu. Sepanjang setahun aku hatiku tidak tenteram, adakah ini balasannya?

Kini permata baharu pula muncul dalam hidupku. Beliau yang aku terima dalam hidupku adalah bernama Izdalily. Aku harap dengan kehadiran Izdalily dapat melunturkan segala kenangan dan ingatanku pada Miey Mohd Nor. Aku memohon kekuatan Izdalily untuk memberi kata semangat dan mendampingiku hingga aku tidak mengenali lagi siapa Miey Mohd Nor. Biarlah Miey Mohd Nor bahagia dengan pilihannya dan aku bahagia dengan pilihanku. Mungkin Allah SWT tidak menyatukan kami kerana terdapat hikmahnya pada diri masing-masing. Ya Allah Ya Tuhanku, Bantulah Aku untuk melupakan dia yang pernah suatu ketika bertakhta di hatiku. Berikan aku kekuatan untuk membuang segala ingatan dan memori kami ketika bersama. Sesungguhnya ingatan dan memori kami telah membuatkan Aku jadi sentiasa sedih. Kau perkuatkan lah jodoh Aku dan Izdalily dan biarlah maut yang memisahkan antara aku dan Izdalily, kerana aku sangat mencintainya sepertimana aku mencintai Kau dan Nabi Muhammad SAW.. Amin Yarabbala'lamin.


Aku Yang Dulu Bukan lah Yang Sekarang

Assalamualaikum semua... lama jugak xupdate blog aku nih...hehehe...Alhamdulillah kata orang bila kita tiada rezeki dalam sesuatu bidang, ada hikmah di sbalik kegagalan itu...Seperti aku, walaupun aku belajar penat2 namun kecundang di akhir sem di PTSS, rupanya Allah dan atoq elok perjalanan hidup aku...iaitu dengan mengurus perniagaan yang telah diamanahkan oleh abah aku dan kawannya...Alhamdulillah aku memandang dari sudut positif..sekarang ini tugas aku ckup besar,lebih berat dari kawan2 aku yang sudah pon mendapat segulung diploma....kerana aku kerana berfikir cara orang berniaga..yo laa masa kat poly dlu aku belajar psal Kesetiausahaan, namun skrang aku kena belajar mcm mana nk jadikan business Roti Arab aku nh lebih berjaya....ye laa....aku skrang kira Pengurus dan Pemilik syarikat..hehehe.....first aku nampak aku kena perbetul apa yang di perbetulkan....cari lagi pasarann yang luas dalam Negeri Perlis dan kawasan yang sama waktu dengannya...macam2 aku nk kena fikir smpaikan masa untuk melakukan hobi yang aku minat iaitu join event club pon xsempat....hahahah apatah lagi nk carik awek....tediaaa....mana sempat dah....

Dalam masa 2 tahun aku target kena pakai kereta Proton Perdana..itu target aku dan begitu juga target dalam bisness aku pon...setiap bulan aku target income bulanan aku sebanyak RM 15 ribu....hahahahah...strategi telah diatur...wait and see.....

Setakat nh saje nurkilan aku yang xseberapa nh.. InsyaAllah jika ada masa free aku akan update lagi...

Assalamualaikummm WBT....~